Friday 9 November 2012

Sebulan Sudah..

Hari ni,8hb menandakan genap sudah ayahanda tersayang pulang ke rahmatullah..sedih dan pilu bila teringatkan bak(gelaran buat ayhanda)..semalam mmg aku xdpt tido..teringat2 gelak tawa bak yg sememangnya suka mngusik ank perempuan bongsunya si bear(gelaran yg kami berikan). Dengan kami dulu,bak mmg seorang yg garang & tegas.nk tgk gurau2 ni mmg susah la..yer la kan,dulu muda dan skrg da tua.garang tu kurang la sket. Dgn ank bongsu pulak tu,so mmg dimanjakan la sket kan..

Bak mmg dikurniakan Allah anak perempuan yg ramai dan hanya seorang sahaja putera. Sememangnya pemergian bak adalah jalan yg terbaik kerana sepanjang arwah hidup,bak mmg di duga dgn sakit yg sukar nk terangkan.sampaikan doc pn xtahu nk specific kan dia tu sakit ape.yg doc blh ckp dia sakit paru2.tp yg heran nya tu,asal masuk je waktu magrid,dia da blh nk bernafas,kaki akan membengkak tiba2 & perot plak akan membuncit keras mcm belon. Ibu aku la org yg paling sedih tiap kali benda tu jd kat bak..isteri mana x sedih bila tgk keadaan suami sendiri yg dlm keadaan tenat begitu setiap kali magrib yg berlanjutan sehingga subuh..bg anak2 pastinya sedih dan pilu bila melihat fizikal bak yg kurus mendadak semenjak mendapat penyakit misteri begitu.


Aku dan makbonda mengambil alternatif dgn ikhtiar secara perubatan Islam dgn berjumpa imam besar Kuantan, ustaz2 yg terkenal.Aku mmg xnk lgsung berjumpa tok pawang ke,dukun ke etc. Risau jgk kalau ianya memudaratkan. lagi pulak aku ni mmg jenis xpercaya pd dukun2 or tok bomoh ni. Dalam tempoh setahun ni, kami da ikhtiar dgn 4 org imam masjib yg rata2 bgtaw yg bak kena santau. Nauzubillah,mmg terkejut jgk la kami.Bermula dgn batuk2,kami sangka bak hanya sakit biasa.Barangkali effect dari tabiat merokok nya tu.Tapi sangkaan kami meleset sbb bila bak da berenti merokok atas nasihat aku,keadaan masih jugak x berubah.


Hampir 5 tahun bak aku sakit.tapi yg paling teruk dan nazak adalah tahun lps dan tahun ni la yg paling ketara. Badan bak kurus mendadak. Bak tinggi,bila dia kurus mmg nmpak la mcm rangka bergerak. Tapi beberapa bln sebelum dia meninggal mmg byk kali dia bgtaw makbonda yg dia kalau blh sebelum mati,dia nk jadi wali kepada aku dan adik aku si cik tomato tu.Lepas tu,kalau Allah nk amik nyawa dia pon,dia redha..itulah ayat yg selalu keluar kt mulut dia sepanjang dia tenat.. Yang si cik tomato xde bf,terpaksa la kawin ngn bdk yg dia baru kenal tu. Alhamdulillah bdk tu pn mmg baik.xpela,bercinta lps kawin lgi manis ape..kaannn~~ (^_^)v Alhamdulillah Allah makbulkan jgk hasrat bak utk jdi wali kami berdua.aku selamat ijab kabul pada 15/6 dan adik aku 15/9...


Pada 8/10 mlm tu mmg aku xblh ttup mata lgsg sampai la da nk hampir subuh.tiba2 telefon berbunyi.Panggilan dari makbonda,bgtaw bak da meninggal.Lepas makbonda call,trus azan subuh.aku ape lagi,bingkas bgn kejutkan Paktam,solat then trus pecut balik kuantan.Bila aku smpai,org baru nk mandikan jenazah.Aku mmg agk terkejut dgn keadaan fizikal bak. Dia mmg kelihatan jauh berbeza lebih sihat,berisi,putih,kemas dan senyum berseri.Sedangkan mase dia hidup,dia sgt kurus,kulit gelap,nampak agak selekeh dan kusam.Semua org terkejut tgk mayat bak.Saudara-mara,ank2 buah semua menangis.Bak aku ni blh dikatakan antara bapa saudara kesayangan dikalangan ank buah dia. Aku pada mulanya,mmg x menagis. Tapi bila tgk keadaan jenazah buat aku berdebar dan terasa sebak.Bila giliran cium buat kali terakhir sebelum ditutp kafan,mmg aku tewas dgn linangan air mata.Ye la kan,itu la perjumpaan terakhir kami di dunia sebelum berjumpa kembali di akhirat kelak. Jenazah arwah agak cepat disempurnakan cuma kami terpaksa menunggu atok & nenek kami tiba utk tatapan kali terakhir. Jenazah selamat dikebumikan pada pkul 12pm.


Sesungguhnya aku redha pemergian bak kerana aku percaya Allah lebih tahu apa yg terbaik buat bak. Al-fatihah buat bak tersayang semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh arwah bak Othman bin Abdullah dan ditempatkan di kalangan orang2 yg soleh.Amin

No comments:

Post a Comment